Salam Perkenalan dari RedBlu Homestay
Assalamualaikum.
Salam Perkenalan kepada semua.
Sedikit maklumat berkaitan RedBlu Homestay.
RedBlu Homestay terletak di Peramu Pekan lebih kurang 7km dari Bandar DiRaja Pekan dan 40km dari bandar Kuantan, Pahang. Peramu merupakan kawasan pembangunan yang paling pesat di bandar Pekan dimana terletaknya kilang-kilang seperti Mercedes-Benz, DRB Hicom, Isuzu, Volkswagen, Deftech dan Vacuumschmelze (VAC). Di sini juga terdapat 2 universiti yang berdekatan iaitu Universiti Hicom dan Universiti Malaysia Pahang. Terdapat beberapa institusi dan sekolah berasrama penuh berdekatan seperti SBP Integrasi Tun Abdul Razak (InSTAR), MRSM TAR, IKM TASYA, Kolej Komuniti Pekan, GiatMARA Pekan dan SM Vokasional Pekan.
Homestay ini merupakan sebuah banglo 2-pintu atau 2 buah rumah berkembar (semi-D) yang baru. Bagi yang merancang untuk melawat ke Pekan Pahang
untuk apa sahaja tujuan boleh menghubungi kami. Terima Kasih.

Comments
Post a Comment